Ragam kewujudan Boron

Borax crystals

Amerika Syarikat dan Turki merupakan pengeluar boron terbesar di dunia. Boron tidak wujud dalam bentuk aslinya dalam alam semulajadi, tetapi dijumpai dalam bentuk campuran dalam boraks, asid borik, colemanite, kernite, ulexite dan borat. Asid borik kadang kala dijumpai dalm mata air gunung berapi. Ulexite ialah garam galian borat yang secara semulajadinya mempunyai sifat seperti gentian optik.

Sunber penting dari segi ekonomi adalah daripada bijih rasorite (kernite) dan tincal (bijih boraks) yang dijumpai di Gurun Mojave di California di mana boraks merupakan sumber yang paling penting. Turki adalah tempat lain yang mempunyai longgokan boraks yang meluas.

Boron tulen dalam bentuk unsur tidak mudah untuk disediakan. Cara terawal adalah melalui penggunaan tindak balas penurunan antara borik oksida dengan logam seperti magnesium atau aluminium. Akan tetapi hasil ini seringkali dicemari dengan logam borida. (Tindak balas tersebut agak menakjubkan). Boron tulen boleh disediakan dengan menurunkan Halogenida boron yang mudah meruap dengan hidrogen pada suhu tinggi.

Dalam tahun 1997 hablur boron (99% tulen) bernilai sebanyak US$5 per gram dan boron amorfus bernilai sebanyak US$2 per gram.